Quantcast
Channel: hubungan seks – Pembekal Produk Dewasa No 1 Di Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 112

9 Petua Jaga Alat Sulit Wanita

$
0
0

Penjagaan Alat Sulit Wanita

Penjagaan Alat Sulit Wanita

Buat wanita, penjagaan bahagian alat sulit perlulah diberi perhatian teliti, lebih-lebih lagi wanita yang sudah pun berkahwin. Pastinya anda mahukan bahagian alat sulit tersebut sentiasa rapi dan bersih setiap kali berhadapan dengan suami di kamar tidur.

Bukan hanya rupa paras dan tubuh sahaja yang perlu diberi perhatian, malah kebersihan alat sulit juga haruslah dijaga dengan sebaik yang mungkin agar tidak mengundang sebarang masalah atau pun penyakit.

Pada artikel kali ini admin ingin kongsikan 9 petua atau cara penjagaan alat sulit wanita  yang boleh anda praktikkan untuk kesempurnaan dan kebersihan menyeluruh bahagian intim.

1. Cebuk Atau Bilas Dengan Bersih

Bilas bahagian luar dan dalam alat sulit dengan air bersih setiap kali selepas membuang air kecil mahupun besar. Elak guna tisu basah kerana dikhuatiri tidak dibersihkan dengan betul dan mungkin boleh mengakibatkan jangkitan kuman.

2. Jangan Guna Sabun Mandi

Elak dari menggunakan sabun mandian untuk mencuci alat sulit kerana ia boleh menyebabkan kulit di bahagian tersebut mengalami masalah kering dan dehidrasi. Seterusnya mengundang masalah iritasi.

3. Kerap Tukar Tuala Wanita Ketika Datang Haid

Tukar tuala wanita dengan sekerapnya ketika datang haid. Ia dapat mengelakkan pembiakan kuman yang mudah tersebar menerusi darah pada alat sulit. Juga digalakkan penukaran seluar dalam jika diperlukan ketika hari-hari permulaan menstruasi.

4. Tukar Panty Liner

Tukar panty liner dengan lebih kerap agar bahagian alat sulit sentiasa berada di dalam keadaan yang selesa, bersih dan terjaga dari masalah kuman.

5. Elak Pancutan Air Paip Terus Ke Dalam Alat Sulit

Jika anda sering memasukkan jirusan atau pancutan air terus dari paip ke dalam faraj dengan tujuan untuk membersihkan bahagian tersebut, hentikan tabiat itu serta merta. Ini kerana ia akan menyebabkan penyingkiran sejenis bakteria yang dipanggil loctobacili dari faraj. Bahkan, ia juga boleh menyebabkan faraj terdedah pada bahan kimia.

6. Kerap Tukar Seluar Dalam

Pastikan anda menukar seluar dalam setiap hari selepas mandi bagi mengelakkan bakteria kembali tertumpu pada bahagian alat sulit akibat peluh.

7. Cuci Alat Sulit Selepas Berjimak

Bagi wanita yang sudah berkahwin, cuci bahagian intim sebelum dan selepas sesi hubungan seks bersama pasangan. Juga buang air kecil selepas lebih kurang setengah jam sesi hubungan intim kerana ini boleh mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing.

8. Berjumpa Doktor Sakit Puan

Sentiasa peka pada sebarang perubahan di bahagian alat sulit. Jika mengalami sebarang masalah seperti keputihan melampau, iritasi atau mungkin bernanah, sebaiknya terus berjumpa dengan doktor sakit puan untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut.

9. Alat Pencukur

Jangan sekali berkongsi alat pencukur dengan sesiapa sahaja kerana ia boleh menyebabkan jangkitan penyakit seperti Hepatitis B pada alat sulit anda.

Daun Pegaga

Petua Tradisional:

  • Ambil secekak pucuk daun pegaga berserta akarnya sekali dan cuci dengan air sehingga bersih. Rebuskan pegaga tersebut dengan dua gelas air kosong serta campurkan sedikit garam. Setelah air campuran tersebut masak, biarkan ia sejuk dan tapis air rebusan itu. Amalkan meminum air rebusan tersebut dua kali sehari. Ia dikatakan mampu menyelesaikan masalah keputihan.
  • Dapatkan 12 helai daun sirih dan cuci bersih. Ambil seliter air kosong dan ramaskan daun sirih tersebut dengan air tersebut. Kemudian tapiskan air yang sudah diramas dengan daun sirih tersebut dan gunakan untuk mencuci bahagian kemaluan wanita.
  • Ambil beberapa helai pucuk kaduk yang tua dan rebus. Sejukkan air rebusan tersebut dan gunakan untuk mencuci bahagian kemaluan ketika membuang air kecil atau selepas datang haid. Ia dapat mengurangkan keputihan dan menghilangkan rasa gatal pada bahagian sulit.

dapatkan sekarang

The post 9 Petua Jaga Alat Sulit Wanita appeared first on Pembekal Produk Dewasa No 1 Di Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 112