Quantcast
Channel: hubungan seks – Pembekal Produk Dewasa No 1 Di Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 112

5 Tips Atasi Faraj Longgar

$
0
0
Tips Atasi Faraj Longgar

Tips Atasi Faraj Longgar

Adakah anda mengalami masalah faraj longgar? Sebagai seorang wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, ia bukanlah satu alasan yang menjadikan seseorang wanita itu tidak menjaga mahkota diri iaitu faraj atau vagina. Seiring dengan pertambahan usia, bukan hanya kulit wajah yang mengalami penuaan. Malahan, kemantapan dan keketatan otot faraj juga boleh berkurangan. Keadaan faraj longgar memang boleh memberikan pengaruh besar ketika anda melakukan hubungan seksual bersama suami.

Otot faraj longgar dan tidak mencengkam ketika melakukan hubungan seks boleh disebabkan oleh banyak perkara, di antaranya kehamilan dan setelah melahirkan bayi. Anda boleh bayangkannya, bagaimana kepala bayi yang keluar melalui faraj ketika proses melahirkan. Proses luar biasa itu sememangnya boleh menyebabkan otot punggung menjadi kendur dan faraj longgar. Disebabkan otot faraj longgar atau kurang kemantapan, faraj longgar menjadi tidak ‘mencengkam’ serta tidak mengalami sensasi ketika anda dan suami melakukan hubungan seksual.

Berikut di bawah ini ada 5 tips atau cara mudah bagi anda menjaga dan mengembalikan kemantapan dan keketatan faraj longgar agar tetap ‘mencengkam’ yang boleh anda praktikkan.

1. Pilih Pembersih Faraj Yang Ringan

Setiap hari kawasan faraj memang perlu dibersihkan. Pastikan anda memilih pembersih faraj yang sesuai dan selamat digunakan. Selain itu, jangan menggosok bibir faraj terlalu kuat dan berulang-ulangkali kerana ia boleh melecet memandangkan lapisan labia adalah sangat nipis.

2. Elakkan Berbasikal Dalam Jarak Jauh

Hati-hati ketika gesekan dan gerakan dalam tempoh yang agak lama di kawasan pangkal paha kerana ia boleh membuatkan otot faraj longgar dan menjadi elastik. Sebaiknya, anda pilih sahaja aktiviti sihat yang lain seperti berenang, menari dan sebagainya.

3. Rajin Melakukan Senaman Kagel

Senaman kagel adalah cara paling mudah yang boleh anda lakukan untuk menjaga faraj agar terus ‘mencengkam’. Lakukan senaman kagel dengan betul, iaitu dengan ‘mengemut’ otot dasar di bahagian pelvik selama lima saat, kemudian melepaskannya dan relaks. Lakukan sebanyak 100 kali kemutan, tiga kali sehari.

4. Aktif Melakukan Aktiviti Seks

Hubungan seks diperlukan oleh faraj untuk mendapatkan stimulasi dan meningkatkan pengaliran darah menuju ke kawasan alat sulit. Setelah itu, otot-otot disekitarnya pasti akan berubah. Pengaliran darah sangat penting untuk keghairahan dan ‘kebasahan’ yang maksimum. Namun, aktiviti ini semakin pudar seiring dengan pertambahan usia sedangkan sperma daripada suami anda akan memberikan kesan anti penuaan yang sangat luar biasa buat tubuh dan wajah anda.

5. Pilih Posisi Anda Di atas

Posisi ketika melakukan hubungan seks juga boleh menentukan apakah faraj anda akan cepat tua atau tidak. Jadi, lebih baik anda pilih posisi di atas. Ini adalah kerana jika di atas anda yang akan mengawal dan menjadi lebih mudah untuk anda mengemudi atau mengemut otot faraj ketika berada di atasnya sewaktu melakukan hubungan seks bersama suami.

dapatkan sekarang

The post 5 Tips Atasi Faraj Longgar appeared first on Pembekal Produk Dewasa No 1 Di Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 112